Friday, April 22, 2011

mengisi masa lapang

Sebenarnya tak tau nak buat ape ari nih.. Boring pun ada nih.. sambil2 duk belek gambo anak2, teringat le nak taruk sume dalam satu page.. so, ni le hasilnya bile gambo2 lama dikeluarkan balik.. Gambo baby dari Afif Hadwan, Akma Harith, Aiman Hadif & yang terbaru Adlan Hafiy... boleh le aku tengok puas2 rupa dieorang masa baby dulu.
Setiap anak yang aku lahirkan mempunyai sejarah tersendiri.. Pape pun kelahiran semua anak2 boleh dikatakan senang n mudah juga le dengan kehendak yang maha ESA.
Kenapa semua nama anak mama taruk MUHAMMAD??? Kerana sempena nama nabi kita yang mulia, Nabi Muhammad s.a.w. Orang tua kalu nama anak lelaki dinamakan Muhammad, akan lebih diberkati olehNYA. Dengan itu, mama mengharapkan sesangat yang mama & anak2 mama diberkati & dirahmati Allah dunia akhirat.. Aminn..

MUHAMMAD AFIF HADWAN (Yang terpuji, yang bermaruah ketenangan)
Harap2 Afif menjadi seorang anak yang terpuji & bermaruah & dapat memberi ketenangan seperti namanya buat mama, abah & adik2.. Afif Hadwan kan abang long.. Mama marah psl mama SAYANG sesangat ank mama. Mama nak anak mama jadi ank yang berguna. Afif Hadwan tau kan, Afif ramai adik.. Jadi mama hanya nak mengajar anak mama yang sulong ini untuk menjadi anak yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Anakku Aif Hadwan, semoga anakku menjadi ank yang soleh dunia akhirat..

MUHAMMAD AKMA HARITH (yang terpuji, pemimpin yang bijaksana)
AlHamdulillah nampak le tokoh2 pemimpin yang bijak dalam diri Angah nih.. ye ler.. bile nak sesuatu, selagi x dapat, siap.. A katanya, A le jawabnya.. Z katanya, Z le jawabnya.. Anakku Akma Harith, buat masa sekarang mama boleh ikut cakap Angah coz angah kecik lagi.. tapi.. bile anakku Akma Harith dah beso, angah kena ikut cakap mama.. kerana mama akan pastikan yang terbaik utk ank mama.. Akma Harith, mama berdoa andai anak mama ini menjadi pemimpin suatu hari nanti, jadilah pemimpin yang bijak, adil n bertanggungjawab seperti namamu, sayang..

MUHAMMAD AIMAN HADIF (yang terpuji, yang bertuah lagi bermatlamat)
AlHamdulillah sewaktu mengandungkan Aiman, rezeki kami murah sedikit. itu le yang aku kasi nama Aiman (yang bertuah). Tapi.. Macam cam selalu orang cakap "Aiman tak kisah".. memang anakku Aiman jenis yang tak kisah.. Aiman akan buat halnya sendiri tanpa menyusahkan orang.. AlHamdulillah aku dikurniakan dengan anak yang boleh kukatakan senang dijaga.. Aiman Hadif.. anak mama.. andai kata bile besar nanti anakku hidup dengan aman bahagia n senang, ingatlah pada orang yang susah.. sentiasa le ringankan tangan untuk bersedekah, ringankan kaki utk melangkah ke masjid or majlis ilmu. Semoga anakku Aiman Hadif menjadi anak yang berguna dunia akhirat..

MUHAMMAD ADLAN HAFIY (yang terpuji, keadilan yang saksama)
Adlan sayang.. kamu masih kecil.. tetapi kamu memahami segala perasaan mama.. mama sedih, mama hepi.. mama kecewa.. kerana kamu sentiasa memberikan senyuman & tawa pada mama.. mama cukup senang.. Adlan adalah anak yang paling senang dijaga.. kerana Adlan x banyak garam.. Seperti maksud namanya.. maybe nak mama ni tau utk menjadi seorang anak yang adil.. Adlan tau ramai abang2 yang masih perlukan perhatian mama.. terima kasih sayangku Adlan.. kerana terlalu memahami mama.. Semoga Adlan Hafiy menjadi seorang yang mulia disisiNya, disamping abang2 & orang sekeliling..

Anak-anakku Along Afif Hadwan, Angah Akma Harith, Achik Aiman Hadif & Ateh Adlan Hafiy..
Semoga menjadi anak2 yang soleh, yang beriman, yang terpuji & yang berguna disisi Allah, agama, keluarga & bangsa.. Semoga nama2 yang mama beri akan lebih menjadi bermakna dengan pembawakanmu SAYANG, ank2ku..