Thursday, August 27, 2009

tadaa.. da botak..


Masa nih Aiman Hadif berusia 39hari. Ingatkan nak tunggu 40hari baru nak botakkan tetapi coz ari nih ari Jumaat, so amik yang lebih afdal. Masa cukur rambut tuh elok je die diam. dari awal cukur sampai abis licin le baru bangun tido. bagus anak mama nih. Tu gambo sebelum n selepas cukur.. Akma & Aiman di cukur oleh pakcikku.

Ni laks gambo Akma Harith sebelum n selepas botak. Paling susah untuk cukur rambutnya. kepalanya asik bergerak jer.. sampaikan aku terpaksa le bagi susu sambil cukur rambut. Pun taknak jugak.. nangis2.. penat2 mama camnih.. Antara 3 anak mama, Akma le yang paling lebat rambutnya. kalu tak caya tengok le tuh.

Ni laks gambo Afif Hadwan. Anak mama yang paling sikit rambutnya. tengok ler.. sebelum n selepas bercukur nmpk cam sama jer.. gambo botak nih pun masa Afif dah 4 bulan lebih. masih tak tumbuh2 jugak lagi. stil "licin'. hehehe.. Afif rambutnya dicukur after berpantang. yang lain sume masa aku dalam pantang. n Afif cukur rambut ngan opahnya.

Wednesday, August 26, 2009

sebulan umurku

Isk.. isk.. kesian anak mama sorang nih.. nak mintak dukung tak boleh.. tengok le muka kesian si Akma Harith nih.. maaf sayang.. mama tetap sayang anak mama nih.. gambo Akma Harith masa duk menunggu aku bersiap nak g klinik..


Pejam celik.. pejam celik dah sebulan rupanya umur Aiman Hadif nih.. gambo nih masa aku menunggu adik aku panaskan enjin kereta nak g klinik untuk cucuk yang sebulan punya.. saje je le mamanya lak yang lebih2 posing.. muka aku pun dah tembam rupanya sekarang nih.. heheheh..


Tadi timbang Aiman. Rupanya dah 4.6kg. Patut le bile pegang terasa gaks le lenguhnya tangan aku nih.. AlHamdulillah anak mama sihat. Berkat minum susu ibu.. Elok laks tido.. Tadi masa kena cucuk bukan main kuatnya suara dier nih.. sib baik tak runtuh klinik tuh.. wat malu jer adik nih..





Aiman dpt hadiah

Ingatkan anak dah 3 nih takde le dapat hadiah. tapi.. AlHamdulillah.. banyak sangat dapat hadiah. cash money pun banyak jugak. around RM350++. Tapi.. ni semua duit Aiman w'pn Aiman tak kisah.. tapi.. akanku jadi kisah. akanku bukak akaun bank macam along Afif & Angah Akma jugak. (Mama penyayang nih..) Ni semua pemberian dari makcik2ku, kawan2ku serta kawan2 makku. Terima kasih kepada semua yang sudi melawat aku masa aku dalam pantang. Buat Hemy, (kwn masa kat PPD & 1 negeri) thanks a lot.. cantik beg tuh.. Buat adikku Ateh Anah & De Nisah... buat susah-susah jer.. Buat semua, terima kasih bebanyak kerana bagi sokongan kepadaku samada sebelum, semasa & selepas bersalin. Khas buat hubby tersayang, terima kasih atas segalanya. Then tak lupa buat mak & ayahku yang tercinta, terima kasih coz m'jaga aku & anakku semasa dlm pantang.. heheheh.. macam ucapan PM le pulak..

Tuesday, August 25, 2009

Perkenalkan Muhammad Aiman Hadif








Haaa.. ni le tujuan aku wat blog. Aku saje nak update gambo heroku yang ke 3. Namanya Muhammad Aiman Hadif. D lahirkan pada 090609 tepat jam 1213 am @ Hospital Putrajaya. Berat masa tuh 3.36kg & tinggi 49cm. AlHamdulillah kelahiran kali nie pun senang macam abg2nya jugak. "Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu kerana memudahkan kelahiran bayiku". Gambo paling bawah yang die tengah duk "best" tuh sebenarnya dalam setengah jam selepas kelahirannya. Masa ni aku dalam labour room lagi. Kuasa Tuhan, kan.. baru je kuar dah pandai isap susu. Gambo yang kedua dari bawah tuh masa aku kat wad esok paginya. boring2 aku snap le gambo. pahtu hp laks abis bateri. aduss... Gambo yang kena bedung tuh laks ari kedua. masa nih dah kat umah aku. mak mertua aku yang bungkuskan. dah macam lepat pisang mama tengok. Gambo pakai cap tuh laks masa kitaorang dah nak balik kampung.

hasil tangan pertama

Isk.. sume orang ada blog.. ni yang buat aku jeles nih.. ye ler.. asik aku je yang bukak FP. tapi takpe ler.. aku saje je cuba try test tengok hasil keje aku nih. boring2 ngadap pc dari tadi. so, tengok je le apa yang aku dah dapat buat.. heheheh..